Wednesday, November 3, 2010

10 Soalan Sebelum Bertunang | iluvislam.com + discover the beauty of islam


10 Soalan Sebelum Bertunang | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Api lawannya Air

Monday, October 25, 2010

Publisiti Expoconvo 2010

Salam..just nak share..Expoconvo 2010 untung RM21k..wow..catat sejarah pertama dekat UMP. Hurm bermodalkan RM65k expoconvo telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM86k!! expoconvo di organized dari kalangan pelajar dan peneraju je ialah barisan kepimpinan MPP. Segala pahit manis mematangkan diri ak dalam membuat keputusan. Business is killer man.. Seriously i learn much++. Ak sebagai Ketua Eksekutif Publisiti..Yee.. mmg belanja lupus paling banyak ialah kat Publistiti. tolak tambah dalam RM20k! haha..Ramai yang bengang kat Publisiti..Tapi kami kental dah nama publisiti kerja pun kena la glamour kan. 2 minggu sebelum expoconvo kteorang plan untuk adakan Pra Pelancaran Expoconvo. xth la sebelum nie ade ke x..Orang lama kate Publisiti tahun nie yang perintis..Who care! but i really care and love it!


My Beloved Crew


Amanat Akhir : Jaga nama UMP!


Backdrop KITA Sudah Naik!!


Penyampaian Hadiah dari YB Adun Bentong


First times : Sinar Harian

Alhamdulillah akhirnya selesai sudah Pra pelancaran expoconvo 2010. Respon daripada anak2 buah "penat gileee..tp puas + seronok" yep..mmg kami puas sbb kami bsusah payah untuk menjayakannya. Next, lagi seminggu nak expoconvo, Kami boring lagi dan sekarang plan nak wat Konvoi & Autoshow pula. Kami rushing satu minggu sama dengan preparation pra prelancaran. Seminggu juga. Dalam satu minggu tula nak dapat kan kebenaran trafik, MPK dan tajaan(malu seyh ckp nak tolong organize tp cabut lari) tp kteorang wat jugak. Ade ak kesah ko nak blah gitu?haha..Kami pun boleh organized maa..3 oktober 2010 Autoshow & Konvoi tetap dijalankan dengan jayanya!

YB Adun Bentong memberi taklimat kepada Peserta


Autoshow Proton Standard 1


Autoshow Proton Standard 2


LCC UMP


Konvoi terpanjang UMP bermula! =p


Adun Bentong memberi penghargaan kepada Pengawai FELDA Lepar Hilir


Di hadapan Masjid Kuantan. Moto LCC UMP

Special thanks to PROSBOC, VIVAC & LCCUMP


Lighting & 2 woofer! speaker yang gempak2!


Dataran MPK


Second time : Utusan Malaysia
(typing error : My Publicity team yang organized!!)

Alahamdulillah selesai lagi satu event. Maklum balas dari anak2 buah ku "seronok sgt and zack! cukup!!..kami dah xlarat"..haha...that why la ak syg korang lebih. Kalau kita xde semangat dan bonding yang kuat sesama ahli mustahil kita dapat jayakan. With my lead you will learn to work under pressure bcoz this was good training and more better to have fastest experience. kene marah, wat surat dua tiga pagi, dapat cuti 2 minggu, klu sorang xtdo sumua xleh tido, duit minyak xdapat, duit topup xdapat. So belajar untuk jadi sukarelawan bukannya perkara mudah. Nway nie lah family ak..3 minggu untuk kami work together memang xcukup! Ini lah hasilnya!


Pengubat hati : thanks to all

Akhir kalam, Expoconvo kali nieh mmg best. sy selaku Pengarah Pemasaran Expoconvo mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. Tranformasi Mahasiswa!

Sunday, April 11, 2010

kOnsErt AmAL MataHari

hyep!! hehe....9April 2010 mmg best...firt time ak dapat lesen snap pic depan stage..hehe..bukan nak bangge ape...just i got lot of experience there..pakgourd yg mrah2,yang tolak...but ak melawan...wakaka...orang lain tah sape bagi plak lebih2...hehe...dose dowh menjawab...nsb baik la staff byk kenal ak...die bio je ak sorang depan stage...ape lg...kesempatan di ambil!! hehe..500 pic ak tekan for one night!!




ak orang biase!! give me DCLR!!


krew matahari yang bergambar bgan fara...lepas pic nie fara lari blakang ak...
ak plak kene lari same...geget kang!


hehe...nak sangat dok depan ak snap jela gmbr cameraman yg bajet die sorang wakil uni
huhu...hehe...nway,gambar nie ak ske sbb disebalik tadbir..hehe



well done zack...amy search betul2 depan ko...xyah zoom ...hehe!


ak paling ske gambar nie! stylo shial! peeeewittt


peminat fanatik yang membingitkan telinga wa...bising la derr...but i love it!


bro yang stylo..rock3!!


faizal tahir gempak! weh..ak baru nak amek pic ngan ko blakang stage..apsal blah awal derr!!


oh...kenangan yang paling ak xlupe..snap depan die...new experience...die senyap je..
tgh hafal lirik kot..hehe


opss..pic yang chumil nie ak sorang je ade =)


ak ske gambar nieh! smart ! happening!


satu2nye gambar yang ak edit brightness sbb gelop..hehe


di depan ku fara!! x bangge just blagak ngan cameraman len
wakaka =p


the moral value : jadila seorang photografher yang stay satu tempat yang depan skali...ak bkan eran sangat...but ak ske ble pic tu ak sorang je ade..hehe ..peace!!

Wednesday, February 10, 2010

Syahdu berbicara! merenung yang pasti

Meniaraplah di hadapan Allah,jangan meniarap kepada manusia
Menerimalah dengan memutuskan keinginan
Sungguh Kemuliaan itu dalam tiada keinginan
Jangan berhajat pada sanak saudara
Orang kaya yang tidak berhajat kepada manusia

Wahai si pengumpul dunia!
Waktu kian menentukan
Terkunci rapat semua pintu
Sambil kau fikir bagaimana mewujudkan keinginan
Entah mudah atau sulit kau buru jua
Kau kumpulkan harta
Katakan padaku,sudahkah kau kumpulkan?
Hai pemburu harta!
Hari-hari kian meninggalkanmu
Hartamu telah dilirik ahli waris
Milikmu hanyalah yang kau infakkan
Zat yang membahagi akan memberimu rezeki
Pemberian dari-Nya selalu terjaga
Selalu baru takkan binasa
Qanaah itu selalu menerima
Tidak pernah tergesa atau berduka

Saturday, January 30, 2010

Pengumuman Keputusan Pemilihan MPP Sesi 2009/2010

Majlis Pengumuman Keputusan Pemilihan MPP Sesi 2009/2010 telah disempurnakan pada 6.45 ptg td oleh Y. Bhg Prof. Dr. Ridzuan Nordin, Dekan JHEPA. Tahniah diucapkan kepada semua.

Berikut merupakan keputusan untuk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.



Calon UMUM

1.NUR HAFIZAH BINTI ABDUL RAZAK - 3070 undi

2.NUR FASIHAH BT ABDUL KADIR - 3024 undi

3.NURUL NADIA BT MAT JALALUDDIN - 2987

4.MOHD AEDLAN NUR B AHMAD -2918 undi

5.ABDUL KHALIQ B. ABDUL KADIR - 2490 undi

6.WAN MOHD FAUZI B WAN RUSLI - 2184 undi

7.MUHAMAD SOLIHIN BIN HASHIM - 2073 undi

8.UMMI ‘AQILAH BT OTHMAN - 2016 undi

9.MOHD HAZWAN SYAFIQ B. HARUN - 1881 undi

10.MUHAMMAD FARIS BIN HASSIN - 1845 undi

11.MOHD FADZRUL HISYAM BIN BADARUDIN - 1699 undi

12.NURUL SYAMILA BT MOHD ROSLI - 1481 undi

13.HASSANAL HARIS - 1438 undi





Calon Fakulti Mekanikal

1.AMEER FARHAN B SADIMIN - 625 undi

2.MOHAMAD NAQIB AMIRUL B RASHID - 439 undi

3.MOHD ZAFRULLAH B ZULKIFLI - 428 undi



Calon Fakulti Kimia dan Sumber Asli


1.SITI NUR KHAIRUNISA BINTI MOHD AMIR - 698 undi


2.TALHAH-ABDULLAH BIN AMIR - 635

3.ONG HANG CHUAN - 331 undi

4.AMIRUL NAAIM B AKASAH -192 undi



Calon Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian


1.TAY CHZE HUAT - 290 undi

2.NUR SYAMIMI BT CHE’ HUSSIN - 248 undi

3.SAMSURI B NASRUDI - 231 undi

4.MOHD NAQIUDDIN B HARUN - 196 undi

5.MUHAMMAD ZULFARIS B. MOHD SALLEH - 181 undi






Calon Fakulti Eletrik & Eletronik

1.NURUL FARAH AIN BT ABDUL HAMID - 522 undi

2.MUHAMMAD NUR ZAKWAN BIN ZAINAL - 490 undi

1.CHIO THIAM WEI - 272 undi





Calon Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam


1.NUR AZURA BT KARJANTO - 472 undi

2.RAJA GOPAL A/L VANALAGAN - 447 undi

3.MUHAMMAD FARID BIN IDRIS - 403 undi





Calon Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi

1.MOHAMED NAZLEMIN BIN MAT HASSAN - 258 undi

2.THINESH A/L KUNASEGARAN - 246 undi

3.CHAI CHEN THAI - 178 undi

4.SIMON PETER CHANDRAN - 210 undi



Fakulti Sains & Teknolgi Industri


1.AMIRUL EDHAM B ROSLEE - 122 undi

2.NOR ATIKAH BT MAT YUSOFF - 111 undi

3.ALIAA DIYANA BT ABDUL HISHAM - 31 undi

4.HUSNUL FATIMAH BT HUSRIN - 60 undi



Harap maklum. Wassalam

Beloved Followers

Popular Posts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More